Perancangan Harta Pusaka Islam: Ketenangan Fikiran untuk Masa Depan Anda
Sebagai Perunding Wasiat & Hibah As-Salihin, saya membantu anda merancang, melindungi, dan mengagihkan harta secara patuh Syariah dengan teliti, telus, dan berkesan.
Kenapa Perlu Merancang Pusaka?
Tanpa perancangan, harta boleh dibekukan bertahun-tahun, keluarga berisiko bertelagah, dan waris terbeban dengan proses yang rumit. Dengan perancangan awal, anda mengelakkan semua itu.
Harta Beku
Proses faraid tanpa dokumen boleh tahan bertahun sebelum selesai.
Pertikaian Waris
Ketiadaan perancangan jelas menimbulkan konflik sesama ahli keluarga.
Legasi Terjaga
Dokumen Wasiat & Hibah memastikan hasrat anda dipatuhi & keluarga terpelihara.
Perkhidmatan Utama
Tiga solusi asas untuk melindungi dan mengagihkan harta anda secara patuh Syariah.
Wasiat
Membolehkan anda mewasiatkan sehingga 1/3 harta kepada bukan waris atau amal, serta melantik wasi untuk kelancaran pentadbiran.
Hibah
Pemberian semasa hidup yang tidak tertakluk pada faraid, elakkan pembekuan aset & kurangkan konflik keluarga.
Pentadbiran Harta
Proses urus hutang, cairkan aset, dan agihkan harta mengikut undang-undang Syariah dan Sivil dengan teliti.
Kenapa Pilih Kami
Patuh Syariah
Semua dokumen diuruskan di bawah As-Salihin Trustee Berhad dengan jaminan patuh Syariah sepenuhnya.
Cepat & Telus
Proses dokumentasi jelas, ringkas dan telus — memudahkan anda dan keluarga tanpa kerumitan.
Mesra Keluarga
Pendekatan kami mengurangkan pertikaian waris, menjaga keharmonian & melindungi legasi anda.
Apa Kata Pelanggan Kami
"Perkhidmatan sangat profesional, saya rasa lebih tenang selepas ada dokumen hibah."
"Mereka jelas menerangkan proses wasiat, mudah difahami & telus."
"Alhamdulillah, urusan pentadbiran harta arwah ayah saya dipermudahkan."
Ketahui Bagaimana Anda Dapat Menjaga Kebajikan Keluarga Setelah Ketiadaan Anda.
Harta pusaka perlu diuruskan mengikut peruntukan Undang-undang Sivil dan Syariah. Tahukah anda bahawa:
- Apabila anda meninggal dunia, harta pusaka akan terbeku.
- Proses mencairkan & mentadbir harta boleh ambil masa lama.
- Harta akan diagihkan ikut undang-undang Syariah.
- Menangguhkan pentadbiran boleh kecilkan bahagian waris.